Pengenalan

Kelab Petanque Kubu Gajah merupakan satu-satunya kelab petanque yang aktif di negeri Perak. PKG telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan didaftar di bawah Kementerian Belia Dan Sukan melalui https://rosa.kbs.gov.my/ dengan nombor pertubuhan kelab sukan
NO. PERTUBUHAN : 6162/2013.

PKG mempunyai ahli aktif seramai 84 orang pada awal penubuhan manakala pada tahun 2017 ahli aktif seramai 54 orang. Ahli PKG terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu 11 tahun hingga 60 tahun sesuai dengan moto sukan petanque "SUKAN UNTUK SEMUA". 

Penaung pertama di awal penubuhan ialah allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ADUN Kubu Gajah pada waktu itu. PKG mempunyai 16 gelanggang petanque yang terletak di sebelah padang bola sintetik Kubu Gajah.


Gelanggang waktu hujan


Permukaan Gelanggang


Sebahagian Ahli PKG yang Aktif



Info Webmaster

Laman Sesawang Kelab Petanque Kubu Gajah diwujudkan bagi memberi informasi terkini tentang semua aktiviti terkini Kelab Petanque Kubu Gajah secara rasmi. Diharapkan semua pelawat dapat mengetahui segala perkembangan aktiviti kelab melalui laman sesawang ini. Terima Kasih.

Kata-kata Atlit

"Seorang pemenang tak akan pernah berhenti berusaha dan orang yang berhenti untuk berusaha tak akan menjadi seorang pemenang"