Saturday, February 25, 2017

Petanque Kubu Gajah Juara Kejohanan Terbuka Kolej Komuniti Chenderoh

Kuala Kangsar 25 Februari 2017 - Ahli Kelab Petanque Kubu Gajah (PKG) telah menjadi johan kejohanan petanque terbuka yang berlangsung di arena petanque JKR Kuala Kangsar. Kejohanan kali ini disertai 96 pasukan dan menjadi sejarah kejohanan petanque paling lama masa digunakan bermula jam 8 pagi hingga 2 pagi.

Gandingan mantap bergu PKG mewakili SUKMA6 Danial dan Hairee muncul juara dan memperolehi hadiah wang tunai RM800 dan piala kejohanan. Hadiah disampaikan oleh wakil penganjur Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar.

Share:

Sunday, February 12, 2017

Kejohanan Petanque Triple Terbuka Antarabangsa Port Disckson Kali Ke-5

Port Disckson 12 Feb 2017 - PKG telah menghantar 9 team yang terdiri daripada 4 team lelaki dan 5 team wanita. Pencapaian team lelaki PKG 4 layak pusingan 4 (best 32) dan PKG 1, PKG 2 dan 5 masing-masing layak ke pusingan 2. 

Share:

Info Webmaster

Laman Sesawang Kelab Petanque Kubu Gajah diwujudkan bagi memberi informasi terkini tentang semua aktiviti terkini Kelab Petanque Kubu Gajah secara rasmi. Diharapkan semua pelawat dapat mengetahui segala perkembangan aktiviti kelab melalui laman sesawang ini. Terima Kasih.

Kata-kata Atlit

"Seorang pemenang tak akan pernah berhenti berusaha dan orang yang berhenti untuk berusaha tak akan menjadi seorang pemenang"