Sunday, May 7, 2017

Kejohanan Petanque Terbuka Besut

Kejohanan pertama kali disertai team PKG yang di adakan di gelanggang Pekan Alor Lintah, Besut Terengganu pada tarikh 5 dan 6 Mei 2017 menyaksikan team PKG hanya layak pusingan ketiga selepas tewas kepada team S4C pemain Malaysia (Akmal / Poktek). Sebelum itu mendapat Johan pada pusingan kedua dan Naib Johan pada pusingan pertama. 

Kejohanan disertai 80 team dari negeri Terengganu, Kelantan dan Perak. Kejohanan di adakan secara double knockout bagi pusingan 1 dan 2 dan knockout bagi pusingan seterusnya.










Share:

SUKMA Perak 2018

Tahniah kepada tiga orang ahli kelab petanque Kubu Gajah (PKG) yang telah terpilih mewakili kontijen negeri Perak bagi tahun 2018. Danial, Shakira dan Atirah telah berjaya menjadi Johan dan Suku Akhir pada pemilihan atlit SUKMA yang telah dijalankan pada 29 dan 30 April lalu di SMK Jalan Tasek, Ipoh, Perak.


Share:

Latihan Pusat Persediaan Kejohanan ANGKASA negeri Perak 2017

Kejohanan Petanque Angkasa negeri Perak dijangka akan diadakan pada Julai 2017. PKG dengan kerjasama SEKUGA telah membentuk 1 team lelaki (triple) dan 1 team perempuan (triple) bagi menghadapi kejohanan tahun ini.
Persiapan kejohanan telah dibuat dengan memberi latihan intensif pada 7 Mei 2017 (Ahad) bersama team SMK Redang Panjang. Latihan pada kali ini dibantu oleh bekas pemain SUKMA Perak saudara Zarul dengan bantuan beberapa orang guru veteran.





Share:

Monday, May 1, 2017

Ahli PKG Johan Veteran Wanita MAKSAK Kebangsaan 2017

Kejohanan telah berlangsung selama 3 hari mulai 28-30 April 2017 di Arena Petanque Port Dickson Negeri Sembilan. Dua orang ahli PKG Pn. Umi Kalsom Ramli dan Pn. Rohaida Omar  yang mewakili negeri Perak telah mendapat Johan Veteran Wanita ketegori Triple dengan mengalahkan team Johor dengan agregat 13-5.




Share:

Info Webmaster

Laman Sesawang Kelab Petanque Kubu Gajah diwujudkan bagi memberi informasi terkini tentang semua aktiviti terkini Kelab Petanque Kubu Gajah secara rasmi. Diharapkan semua pelawat dapat mengetahui segala perkembangan aktiviti kelab melalui laman sesawang ini. Terima Kasih.

Kata-kata Atlit

"Seorang pemenang tak akan pernah berhenti berusaha dan orang yang berhenti untuk berusaha tak akan menjadi seorang pemenang"